Tuesday, August 10, 2010

expired

tahun 2011, few things dalm rutin hidup aku akan expired...my red PASSPORT, my co.mof license..kena lah renew cepat2 sebelum last minute akan jadik kelam kelibut...must put into checklist...if not, sure akan lupa!

pindah, yup..akan pindah lagih...tapi studio hse itu sangatlah kecik, adehhh..mcm mana nak buh aku punye furnitures, ngan katil, working table..semua mkn space...mana ntah nak disumbat...hopefully time pose ni, dapatlah cari place yg lebih selesa and secure

recovering dr sakit, bikin kepala memanjang dizzy and mind x cukup concentrate nk buat kerja, asyik rasa x dak mood n kemalasan..report dh delay...Ya,TUHAN kau pinjamkanlah kekuatan dan kesihatan untuku beribadah...

mak n bapak aku mesti sangat happy coz tahun ni and tahun depan akan dapat dua org cucu baru..adiku konim bakal melahirkan bulan ogos ni, and kak lang pun alhamdulilah rezeki dia dh pun jd ibu mengandung...yey :)

saving still kena maintain, for business, for company, for future car....and travelling, mana yea nk berkembara next trip? ke selatan ok kot

Monday, March 29, 2010

the day of 29th

29th consider one of my lucky number..aku lahir pada 29hb dan pada 29-03-10 aku pass JPJ test, finally...aku berjaya gak face my greatest fear!syukur, alhamdulillah
terima kasih pada semua yg support aku, my driving instructor frm sdc..dozen of belief!

dalam umur yg dah seberapa tua ni, dapat gak aku merasa pegang stereng, berani tak berani itu belakang cerita...dalam hidup yg pendek ni aku percaya banyak sgt perkara mustahil yang kita boleh rasa, sentuh, cerita, selami, kongsi selama mana kita punya hati untuk capai apa saja yg kita mahu!


say good bye to ipoh town...family akan pindah ke banting early april

way to go 49.25°N 123.1°W

Sunday, September 20, 2009

reading from the past

lama tak update blog pasalnye nunggu mood n timing yang fit, kiranya ni entry utk ujung tahun..ari ni 1 syawal, so kesempatan menulis, aku ucapkan "selamat hari raya" pada pengunjug blog aku nie (ada ke..?) nak mintak maap gak kot2 post aku ni ada yg offended sesiapa...
dan terima kasih pada kengkwn yg sent ucapan SMS hari raya

tahun ni kami beraya for the last time di ipoh, sebab mak akan pindah ke Banting end of this year, first raya sambutan mcm biasa...bangun awal subuh, semayang raya di masjid sg rokam...khutbah raya imam cerita perkara paling basic dlm islam, "aurat" dan "pergaulan muhrim dan bukan muhrim", balik umah mak pun sambung "khutbah" imam part 2 kat umah, after salam raya, distribute duit raya and possing raya...end session!

belah petang smentara nunggu asar nak pi ziarah cousin, aku naik bilik, lepak sambil baca majalah out dated issues...actually aku x berapa gemar sgt baca mag lelama, pasal nanti mesti terlepas byk promo, latest fashion or hot news..nak beli magzine pun aku terpaksa budget2...aku nengok jugak sapa yg jadik front cover, kalo yg aku minat eg. megan HOT, aku akn grab ajer beli even that was not my fav.mag. but sumtimes certain articel written was very good utk jadikan common guide and timeless reading




aku cros over one interesting artikel tentang keserasian pasangan..sekiranya anda 30an (anda=mestilah Wanita Gorgeous) dan lelaki anda 20an, fakta ditulis mengatakan hubungan jadi 'Goyah' sebab lelaki muda masih belum prepare utk hubungan yg lebih serius utk berkeluarga..tetapi jika anda wanita yg penyabar, anda akan hargai attitude mereka yg thrill dan exciting, bagi masa utk lelaki tersebut rasa selesa menempuh status monogami

tapilah ikut experience aku yg ntah apa2 nie, umur kekadang x main peranan sangat, ada gak yang lelaki yg dh berusia masih tak sampai2 stage dan seru utk berkomitmen,hmmm

perut rasa mual-mual, mayb nak adjust balik keadaan lepas puasa...nak kena 'maintain' satu hal
abg ipar aku sibuk ckp nampak aku dlm facebook..bila pulak aku ada dlm fb?
[ya, kengkwn.. sy masih duk dlm gua sebab x dak account fb till now]
oh, rupanya abg ipar aku ni fan member satu forum...then akak aku ckp "kantoii" ...alahh, kalo iye pun aku bukan posing maut mcm 'Gossip Girl' pun..tunggulah, one fine day aku akn create my very own profile in fb!

Monday, June 15, 2009

beautiful Disaster!

ni dah masuk setengah tahun 2009, achievement in business duing well but possession in life still mcm roller coster

konim getting married last month, alhamdulillah terima kasih lah adik kerana melangkahkan bendul aku..at least mak dan apak dah lepas satu bab, nasib baik lah bulan 5 tak ada project, so dapatlah aku fokus dgn bab2 nikah kawen adik aku...dari ipoh ke kuantan untuk sanding belah laki dan terima kasih pada mak wa yg prihatin dengan keadaan anak sedara mu ini..huhu
(updated) blog pics wedding si konim leh tgk kat sini http://azimfoto.fotopages.com/

30 tahun satu titik berubah, mcm si sopia cite cite...tapi kalo tak berubah lagi tunggu lah 10 tahun dan seterusnya...kalo masih liat nak berubah by the time umur 60 tahun siap sedialah untuk 'disembahyangkan'...

mak dan apak ada serious plan nak pindah ke area banting, senang dekat dengan anak2...dan aku lah satu2 calon anaknya yang melepasi tapisan awal untuk tinggal bersama mereka...adoi, aku tak reti lah nak bagi alasan nak mengelak, tak naklah create another sin menderhaka pada mak, dh 13 tahun gua dok asing ngan parent tapi bila kena panggil dok balik terasa satu macam bila umur dah tua-tua gini..wah sedihnya terpaksa meninggalkan bandar ipoh

bulan mei and next couple of month before puasa jadual kerja n xtvt sosial agak padat...end last month, aku menyempatkan diri turun ke a famosa resort melaka, ke party freedom...event quite happening, objektif utama ke sana nak feel the music n enjoy the lite, noting else...but benda2 belakang tabir pulak yang jadik, sanggup aku dok dlm keta dari kena raid dek polis...nayaaa ajer (satu pengajaran yg buat kali ke berapa juta pun aku x kira)

mood untuk tulis report training program di kuantan sekarang berada di tahap ZERO...ini disebabkan oleh gangguan dan pengacau yang mcm @#$%^&!#

di bawah merupakan hipotesis aku atas apa yang berlaku lately:-
1. Orang yang paling kita sayang, kadang-kadang akan jadik unpredictable person yang sukar kita percayai
2. Lelaki merupakan makhluk Tuhan yang suka bergosip dengan kaum sejenis mereka dan akan 'mengexaggerate' satu cerita sehingga menjadi satu citer fiksyen n tahyol semata-mata (dlm kata lain turn to be fitnah)
3. Kawan boleh dituduh sebagai 'kawan makan kawan' walaupun perkara itu tidak benar
4. Perkara aib dan keburukan seseorang merupakan cerita yang paling best untuk diceritakan kepada orang lain sekiranya tukang karut tue mempunyai dendam dan niat jahat
5. Setiap orang mempunyai 'tendency' utk menafikan perkara salah yang mereka lakukan
6.cinta boleh jadik satu disaster yang menjahanamkan hidup (kalo x kena gaya)

Yang pasti, lepas ni aku memang perlu berhati-hati dalam mengenali kawan baru atau nu partner,don't easily getting overexcited or simply jump into conclusion
kena ada specs tertentu dan border line yang perlu dideclare kan..

I rather have one and only fren rather have another 20s that finally 'drag me to hell'!

Thursday, February 05, 2009

blog '09

kalo rumah 6 bulan kena tinggal mesti bersawang2...serupalah dengan blog gua yg telah ditinggalkan tak terupdate..surprisingly ada gak makhluk2 yg melawat blog aku nie rupanye..siapa ek? peminat misteri kot..apa-apa tengkiu so much coz drop by, read my lines...gua sebenarnya sangat sangat lah tak ada desire utk menulis...mood dia dtg mcm 'choc fudge' and sumtimes my ideas tak leh translate dlm bentuk word..tak kesampaian,
blog aku ni pun dh masuk tahun ke-6..wahhh, mcm tak percaye jea...

mybe aku rasa since started wearing braces, mood nak bercerita dan menulis pun fade..ya allah, sakit betul rupanyer memakai 'gigi besi' nie...aku pakai on 1st week puasa last year...then after almost 5 month pakai, aku dh lost abt 7.5 kg..arghh tensen gile, for couple of month langsung x berupaya makan nasi, bukan sengaja suka tekak tak nak makan, tapi memang payah nak makan..langsung tak leh bite..last week aku sempat join event AKAR kat shah alam, jumpe sekejap dengan geng2 sifoo, terkejut depa tengok aku dah kurus mcm kena penyakit aneroksia..huhu

skrg ni alhamdulilah, aku bedal ajer makan ayam, nasik n my fav. waffle ice cream, kang tak jaga makan kang takot kena penyakit 'hati'

aku rasa aku nak touch up sikitlah design backgrnd blog aku, baru semangat nak update post..ni pun aku amek masa yg agak lama baca cerita2 blogger yg lain, so bikin aku teruja n terinspired dgn perkembangan hidup derang..

nak bercerita pasal apa ek?haa..on business side, alhamdullilah last year was a great year, aku dpt close few deal dgn prospek client yg baru...untuk tahun 2009 ni, uncertainty in economics buat aku nervous, tapi aku percaya kalo kita put 200% effort, kita akan dpt balik 200% or even more...insyallah, this year put extra commitment and be proactive, preserve more cash and gain property!

sentuh pasal bab cinta memang tak kesudahan...memang rasa sunyi and lonely kalau tak ada teman XY nie...tapi bila dah masuk liga 30an, aku harap aku takan lagi mengalami rasa berdebar-debar and kejutan elektrik apabila jumper ngan orang-orang baru..cukup-cukup lah dengan apa yang ada.. bukan memilih, tapi kalo hajat kesampaian nak yg 'upgrade' sikit dr segi accountability and reliability...dia yang menyempurnakan sesuatu yg kurang sempurna

ada sorang kwn terbaik, cik sopia, ckp yang aku penuh dgn kasih sayang, tapi kasih syg yg ada ni cukup berkualiti ke or sekadar nak ilangkan rasa bosan dan mengisi kegembiraan yg sekejap?

tahun ni ramai kawan-kawan yg akan naik pelamin or extending their family members, untuk adik aku si konim, terima kasih sebab dah berjaya menyempurnakan tanggungjawab sbagai seorang anak yg solehah...nak tunggu akak ko ni kawen, selamatlah, entah berkurun lagih...

lately, semenjak aku pindah to kelana jaya, aku dpt hirup udara baru dan menjadi peneman kepada kengkawan yg nak menghabiskan sisa-sisa bujang, chill out at new club, dress to impress and flirting with ambience, sound & music... wink wink.. :)

well, i work hard and play hard too...

Tuesday, July 15, 2008

So I won't hesitate no more, no more ...

dua bulan lepas terlibat dengan menguruskan kursus teknikal komputer
yang membawa aku
berulang alik dr KL ke Rembau negeri sembilan..
sangat penat sehingga dihinggap deman mengejut..
tapi cukup seronok mengenali bakal2 lecturer yg menjadik peserta kursus aku, mempunyai semangat survival yg cukup tinggi!

tapi sempat menyibukkan diri dengan aktivti luaran under sifoo.com di kl indiefest, menjaga booth selama 13 jam di kl tower dan join xtiviti membowling yg enjoyed sebab satu geng dgn org terror..pasni boleh training selalu sebab telah dilamar menjadi his 'miss perfect 'protegee' :P

dlm masa yg sama disebabkan ada request training dari client, so aku berpeluang berjumpa dan establish contact dengan few otai dlm bidang photography..

ada few things yg merungsingkan aku biler face off sum situation:
1-membeli baju salah saiz (tensen)
2-selalu terkena jackpot di belakang org yg lembab
3- gadjet yg selalu ilang dlm tempoh 3 bulan, my nu hp M.I.A during probation period
4-terpaksa 'bercakap' mengenai org lain
5-had 'crush' dlm usia selewat ini
6-isu komitment

ada lagih, tapi nanti gua update.
sambung,

7-long journey with reckless driver

Friday, May 09, 2008

sifoo.com @ art 4 grabs the annexe cm

pada 3-4 Mei lepas, Sifoo.com berpeluang bukak booth seni di Annexe CM. Agak keletihan menjaga booth selama 2 hari..dan tak sangka, sambutan pengunjung amat memberangsangkan..jualan kami pun boleh tahan..the brains tshirt, photography work,silkscreen printing,cd grafik,the cute cupcakes..etc
rata-rata pengunjung yang datang memborong hasil seni yang unik dan harga memang berpatutan, below rm100..dan boleh tawar lagi..
uniknya boleh dikatakan semua hasil seni yang dijual adalah hasil dari kreativiti dan inspirasi penjual itu sendiri..kebanyakan barang jenis limited edition dan amat rare di pasaran...

rakan rakan booth yang lain juga 'mesra alam' and so friendly dan pada hari last kami bertukar tukar barangan yang dijual antara satu sama lain..aku jugak ketemu kawan lama, Dora dan adiknya juga menjual poskad yang sangat cute!

tengkiu pada krew(s) sifoo esp si sis inn + art contributor yang memeriahkan suasana..dan aku akan sentiasa support local indie art!

dora n her sis
cup cakes mis ellie yang "nyummy nyummy"
source

Sunday, May 04, 2008

ke kebun mimpi

last month aku ke Galeri Kebun Mimpi dengan si inn..kami naik cab ke sana tapi nyaris tak tersesat..mencari lucky garden punyer pasal

kami menikmati pameran lukisan yang didatang khas dari bumi Jogjakarta,Indonesia. Dengan tema 'KOPI+KRETEK+KRATON' telah diterjemahkan dengan cukup baik oleh pengarah galeri kebun mimpi ini dan bagaimana penghargaan beliau kepada pejuang dan pengkarya seni yang berkongsi rasa yang sama...