Tuesday, April 24, 2007

dia yang menulis

Kerikil Malam Kasih
20 April – 11.38 malam
( sedang tunggu Lina yang x sampai2 )

Entah dalam laluan yg pernah dan tak pernah
Aku jalani rintangan yang bukan kehendak
Mungkin rasa yang tidak tertahan
Atau talian yang semakin tersulam


Dan malam makin diingin
Kekadang resah dan kelam
Tenggelam dalam gelora yang lepas
Masih sukar untuk berperang
Antara wujud dan bayangan


Lantas aku lalui saja apa yang mendatang
Lihat dan nikmati apa yang diberi
Kerana pasti ada lagi esok
Dugaan yang mendatang
Entah lepas atau tersadai


Untuk gadis yang terasa
Maaf mungkin aku yang buta
Dan masih buta pada cerita semalam
Dan biarkan lepas apa jua dalam DIRI ku…….

Si kunang kunang yang sakit

Aku merindui blog Nguyen nie…dah lama aku tinggalkan dia tak terisi…sehingga titik yang terakhir aku menulis, banyak perkara yang berlaku…tentang rasa, tentang kerja, pertemuan, kehilangan, pengasingan, pencarian dan kesakitan

Definisi orang yang paling sunyi dalam hidup adalah manusia yang pada ketika sedihnya tidak ada orang yang nak berkongsi airmata ataupun ketika gembira tiada teman tawa bersama dan aku takut memiliki ciri-ciri di atas walaupun pada sesuatu masa I’m close to that

menghadapi situasi yang paling tegang tetapi perasaan sedih itu hilang kerana kita sudah tahu hakikat akan menemukan keadaan tersebut...cuma rasa pedih dan ngilu yang tinggal...ironinya tiada lagi penyesuaian atau sendiri tidak mahu mengambil langkah bijak untuk memperbetulkan apa yang di atas

new chapter: terima kasih pada sungai, 06.59 a.m, road trip dan 'eksiden' yang mengundang sejuta hikmah, as u said “suatu masa”...perlunya kesungguhan dalam memunajatkan doa dan kesyukuran pada yang Esa

di atas gambar “kunang-kunang jadian”...(actually is just a little candle) beautiful view..
ya, dan dalam tak sedar kita sebenarnya adalah kunang kunang itu yang survive dalam pencarian diri...


When you go
Would you even turn to say
"I don't love you, Like I did Yesterday"