Thursday, November 24, 2005

satu kelahiran

...pagi ni aku macam biasa bersiap hendak bertolak ke tempat kerja, so aku menunggu cab di tempat kebiasaan, tengah tengah aku dok menunggu, aku ternampak sorang pompuan duduk dengan muka yang agak tensen dan kebetulan lalu mat motor di tepi aku...boleh pulak mamat tue usha kat aku satu macam dan tetiba terdengar pulak satu suara "hoii!".
..nak dijadikan cerita ghupa ghupanya minah yang bertenggek tepi jalan tue awek mat rempit tue!

aku terkalis sekejap memandang depa dan kemudian aku tersentap bila aku terdengar ayat kureng bertapis "aku tahu lah awak dok tengok 'betina' tue..mana nak nampak orang dah!!!"
huyoooo...rasa nak mengelegak dada aku that time...dahlah suara minah tue kuat gile and clear dalam jarak 150 meter...
tak penah seumur hidup aku kena insulted atas kesalahan yang aku rasa bukan aku create!hellooo...tak teringin aku nak mengurat BF ko!!!
last last aku pikir buat apa pepagi aku nak hangin..buat sakit jiwa..they r strangers ..so lantaklah korang nak gaduh ke ape !!! @ $%##^&**(^^lalalalala

tutup cite "pagi di era"....bulan ni akhir November, banyak benda baru and sweet...
alhamdullillah, syukur pada Allah..kak ngah dah selamat lahirkan baby boy yang sehat+omel
nama dia ..."Luqman Fitri"~22112005
dan nak wish gak Happy Besday to my beloved sister, Nurul who celebrating her 19th birthday today, she's now in Penang..be a guud gurl Nooi@shayuki:)

whats next? long vacation....

Thursday, November 17, 2005

'what can i do"

yesterday star sign, mmm sound bit significant!

'you like living life to the full, however, there is only so much that your body can cope with. If of late you have been in overdrive, today's full moon will be a reminder that you need to take pause every now and the."

semalam kehujanan, demam sakit,MC, menunggu 1 jam plus, dan
di pertiga malam menyaksikan 'satu nama yang pertama"...
maybe dalam hujung minggu akan menjadi pemerhati di hospital...my sister will give birth..2nd baby, so soon...harap baby and mama selamat..
might be all occasion during coming weekend terpaksa di cancel! some good fren, really sory cant make it!

sikap keterbukaan dan penerimaan buat next session jadi lebih baik and sweet, tumpang happy...
but dear, temporary or last long??

Tuesday, November 15, 2005

ada apa dengan mu

Sudah, maafkan aku
Segala salahku
Dan bila kau tetap bisu
Ungkapkan salahmu

Dan aku, sifatku
Dan aku, khilafku
Dan aku, cintaku
Dan aku, rinduku

Sudah, lupakan semua
Segala berubah
Dan kita terlupa
Dan kita terluka

Kutanya malam
Dapatkah kau lihatnya perbedaan
Yang tak terungkapkan

Tapi mengapa
Kau tak berubah
Ada apa denganmu


aku rasa sedikit kosong, kebas dan aku blind inside, melihat tapi tak melihat...
dah lama sebenarnya aku tinggalkan 'sesuatu' yang di belakang...
i need to change before it will be too late..now or never!

aku perlu 'trial'... maybe travelling is best therapy...dah lama tak explore race
berjalan meluaskan pandangan..semasa sihat nie kutip lah
pengalaman sebanyak mana dengan melihat dunia luar..
belajar tentang culture org lain akan buat kita lebih menghargai value hidup kita yang sedia ada..
how lucky we are to be wat we are now!

mungkin during journey akan mengajar kita berfikir dengan lebih matang dalam mencari tujuan hidup ini bukan untuk mengabdikan diri untuk keseronokan dunia semata-mata..
di sana mungkin akan mengalami hari yang panjang..tetapi bahangnya matahari tetap akan dirasai..
gambatte jesse :)

pride and prejudice

hari ni nak tulis benda-benda "remix" dlm pala hotak aku:

'keterpaksaan'...manusia ada yang hidup dan membuat sesuatu disebabkan terpaksa..terpaksa mengenepikan naluri hati kerana "terpaksa"!apabila berlakunya keterpaksaan akan berlakulah sesuatu pengorbanan...pengorbanan yang pada hakikatnya tidak lahir dari satu perasaan yang ikhlas, berkorban demi kesenangan insan lain dan ia akan memakan diri serta perjalanan masa yang panjang tidak akan mengubah apa apa jua keadaan yang telah terjadi di belakang...
kerna terpaksa..tiada inisiatif, tiada kesungguhan, tiada vision!

membisu dlm erti kata lain menipu adalah seperti racun dlm daging..satu bebanan yang sukar hendak diluahkan..aku pernah menulis perihal sifat menipu dan tidak memberitau..2 perkara berbeza tetapi punya titik persamaan..orang menipu tidak akan selamat dunia akhirat..mereka takut dengan bayang bayang sendiri, takut kehilangan orang yang tersayang..manusia sanggup menipu untuk kepentingan diri...
kenapa perlu tipu, sekiranya orang yang disayangi dapat menerima satu kebenaran itu biarkan ia pahit untuk ditelan?
orang yang mencintai kita pasti mampu berdepan dengan sebarang kenyataan sebab mereka menerima diri kita dengan seadanya..tidak perlu menjadi insan yang perfect tetapi perlu menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya...

destiny...ada org bertahan 5 tahun..2 setengah tahun..1 tahun tetapi
agak pelik kalau ada orang sanggup tunggu sesuatu yang tidak ada
guarantee dlm masa 18 tahun..???
too devoted but it show the real love!

couple perlu ada persamaan atau sifat berlawanan??
bagaimana hendak mencipta keserasian?
sifat persamaan maybe banyak mengundang conflict dlm attitude
iyelah api against api..!
sifat berlawanan maybe akan ada memupuk keseimbangan...


Bilaku lelah tetaplah di sini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bilaku marah biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku ...


for me i definitly choose moderate...

Tuesday, November 01, 2005

raya break

...aku dah start cuti..break for a week and this year celebrate di Ipoh tapi just adik beradik berempat becoz big bro and elder sister tak balik...sunyi sikit, besssttt gak sebab dapat jadik
"mandor"kat umah... hehehe
persiapan kali ni amat simple, kueh pun tak banyak dengan baju ghaya tak sempat nak trimmed!
I just hope ada lah kengkawan lama dan someone spesel yang sudi berkunjung rumah...mai mai maiiii...

untuk setiap orang aku pasti "raya" membawa pengertian yang berbeza-beza..ada yang tak sambut langsung..hari raya just like ordinary days..no forgiveness, no celebration...
benda mcm nie agak pelik sebab bagi aku, masa raya lah kita dapat rasa pertalian yang kukuh amongst family members, next of kin and friends...manalah tahu hari lain kita tak berpeluang untuk berkongsi those precious things

ada juga org yang bakal sambut raya dengan keadaan menjauh hati...mungkin keadaan boleh dan sempat diperbetulkan sekiranya ada persefahaman kedua-dua belah pihak..better late than never!
malah ada org yang sambut raya dengan penantian sebuah jawapan dan seribu persoalan...

dan sayang..rindu..hanya ucapan di mulut, kata kata ini yang paling senang untuk dimanipulasikan apabila cuba memenangi hati org lain..tapi sejauh mana kita layak menggunakan perkataan tersebut dengan seikhlasnya, sejujurnya tanpa ada sebarang muslihat...
sayang hanya di bibir tapi di hati sebenarnya tidak atau separuh hati..sebab sayang dan rindu itu sebetulnya disimpan utk insan yang lain..insan yang sudah pergi atau insan yang tiada di depan mata...
aku tulis ni untuk sisipan apa yang telintas di fikiran...

last but not least, I wish all my family, relatives, my soulmate... Bie, my friends esp my best buddy Sofea, Anim, Dea, Wina etc "Selamat Hari Raya"+ "Maaf Zahir Batin...and to wina selamat bergelar isteri; raya kedua ni...congrats to Saiful @Sajiri :)
May u all have a blessed celebration with someone you loved and care...