Wednesday, January 02, 2008

Aidiladha terakhir...

azie, 13 yang menderita selama 1 bulan di ICU telah meninggal dunia pada malam hari raya Aidiladha..kematian arwah "caused by end stage of liver failure"...arwah dah pun selamat dikebumikan di perkuburan Jerantot Pahang...

dan aku tak sempat untuk ke pahang melihat arwah ditalkinkan...selepas abis tugasan aku runner ke pahang untuk menziarah makcik yang mesra dengan panggilan "mak we"..mak we masih dalam kesedihan..aku sendirik jadi mati akal bagaimana cara terbaik untuk mengawal emosi orang yang dalam kesediahan...iyelah, so far aku tak pernah ada pengalaman 'kehilangan' family terdekat...

3 malam aku tido kesorangan di dalam bilik azie...frame gambar arwah masih tersusun rapi atas meja..bilik kecilnya suram dengan latar belakang warna pink..malam pertama aku tak nyenyak tido..asyik terjaga setiap sejam bermula pukul2.05 pagi , pastu mata terus payah nak lelap...

azie yang aku kenali, amat disayangi di kalangan family..kengkawan dan jiran terdekat.semasa kecil, dia yang paling comel dan kerap jadi 'bahan' usikan ako...tapi tak disangka perwatakannya yang ceria dan kelihatan normal rupanya tersembunyi kesakitan yang memakan diri. keadaannya yang kritikal tidak memungkinkan pemindahan hati dibuat.

Aku mendoakan semoga roh arwah Azie akan tenang di sana dan dicucuri Ilahi.

AMIN